19 September 2010
26 August 2010
Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya RM500
Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal."Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
Cuepacs harap bonus lebih tinggi
Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.-Bernama
27 July 2010
Nisfu Sya'aban

Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya;
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?
Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.
Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/26/apa-keistimewaan-malam-nisfu-syaaban/
25 July 2010

-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 20 jam seminggu untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.
-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 17 setengah jam seminggu untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
-Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar.
-Jika di dalam sesuatu kelas prasekolah (tadika) terdapat 5 orang murid atau lebih bukan beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
24 July 2010
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Prasekolah Daerah Maran
En Hamid Bin Vyti (Pengerusi Prasekolah Daerah)
Membincangkan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah terkini berkaitan dengan
Permohonan dan Pemilihan Murid Prasekolah
Pengurusan Masa
Pakaian Seragam
Majlis Permuafakatan Prasekolah
Alatan Permainan
Bahan Pembelajaran dan Pengurusan Ruang
Kurikulum
Guru Prasekolah Zon Jengka bersama En Johari.
Guru Prasekolah Zon Chenor
17 July 2010
Minda: Jejas Minat Membaca
Ramai yang menyokong PMR dimansuhkan manakala UPSR dikekalkan untuk menilai sejauh mana keupayaan murid di sekolah rendah. Apa pun memang mustahil untuk mengizinkan murid yang belajar enam tahun dilepaskan ke sekolah menengah tanpa sebarang sijil peperiksaan yang berkaitan pencapaian akademik.
Bagaimanapun, peperiksaan bertulis UPSR mesti dikekalkan kerana jika ada buku yang dibaca dan dipelajari murid, bagaimana kita hendak mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman mereka berdasarkan apa yang dibaca dan dikaji jika tidak menerusi peperiksaan bertulis? Bagi PMR, ramai berpendapat perlu dimansuhkan dan diganti dengan kaedah lain. Kementerian Pelajaran sendiri bercadang memperkenalkan Sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (SBA) yang bukan hanya untuk PMR, tetapi juga UPSR.
Justeru, adalah dirasakan dengan apa kaedah sekalipun, penilaian di tingkatan tiga mesti dilaksanakan kerana setelah berada di tingkatan satu hingga tiga, tidak wajar pelajar ini tidak diuji dengan sebarang bentuk penilaian.
Longgokan buku dalam sesetengah mata pelajaran pula dikaitkan dengan kepentingan semangat membaca yang dikatakan sangat rendah bagi masyarakat di negara kita.
11 July 2010
SMPK digodam??

03 July 2010
Mari Bina Blog Prasekolah 2010
02 July 2010
Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah 2011
PEMILIHAN YANG DILAKUKAN HENDAKLAH MEMATUHI GARIS PANDUAN YANG
TELAH DITETAPKAN seperti yang terkandung di dalam GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH dan borang permohonan yang telah diedarkan kepada semua sekolah.
Kriteria Pemilihan:
1. Warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun ke atas
pada hari pertama bulan Januari dalam tahun
persekolah semasa.
3. Keutamaan pemilihan berdasarkan kriteria berikut:
- Kanak-kanak yang mendaftar ke Tahun Satu
di sekolah tersebut.
- Merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah
garisan kemiskinan dari ranking pendapatan
perkapita keluarga rendah ke tinggi.
- Tanggungan ibubapa/penjaga.
(ramai anak yang masih belajar)
- Status ibubapa/penjaga
01 July 2010
KGS di SK Jengka 20
Tarikh: 01 Julai 2010
Masa : 8.00 am - 1.30 pm
Tempat : Prasekolah SK Jengka 20
Tidak Hadir : Masni, Syamzari, Sayani (Urusan Peribadi)
Bersama Pn Marziana (Guru Prasekolah SKJ20)
Inilah dia kerjasama yang erat oleh guru-guru zon Jengka
Inilah sebahagian contoh dan hasilnya...
21 June 2010
KGS di Prasekolah SK Jengka 14
Tarikh : Mac 2010
Hari: Rabu
Guru Prasekolah: Pn Awana bt Sairi
Pembantu Pengurusan Murid : Pn Noraini bt Jamaluddin
Assalamualaikum...
Aktiviti ini dilaksanakan memandangkan Pn Awana baru sahaja berpindah ke kelas yang baru dan kami diminta mewarna mural yang telah disiapkan.
10 June 2010
GURU PRA ZON JENGKA
Followers
Time Now ::
Vissitor
Jawatankuasa Induk 2012
Pegawai Pelajaran Daerah Maran
Penyelaras
En Idzahar
(Penyelia Prasekolah Daerah Maran)
Pengerusi
En Muzamil bin Omar
(Guru Besar SK Jengka 16)
Setiausaha
Cik Ain Naziha bt Abd Majid@ Ahmad
(Guru Prasekolah SK Jengka 08)
Pen. Setiausaha
Pn Aini bt Sariat
(Guru Prasekolah SK Jengka 16)
Bendahari
En Syamzari bin Omar
(Guru Prasekolah SK Jengka 09)
AJK
Semua Guru Prasekolah Zon Jengka
INFO AKTIVITI PRA ZON JENGKA 2010
24/2:Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Zon Jengka
Mac
Bengkel KGS di SK Jengka Bandar Pusat
April
Pameran Bahan Bantu Mengajar dan Kaedah Pengajaran Prasekolah
Julai
Bengkel KGS di SK Jengka 15
September
Kami Warga PraZonJengka!!
Labels
- Aktiviti Guru (3)
- Diari (2)
- info penting (3)
- isu semasa (4)
- Mesyuarat (3)
- Pengurusan Prasekolah (1)