27 July 2010

Nisfu Sya'aban


Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?

Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya;
“Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”

Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“


Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?

Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.

Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/26/apa-keistimewaan-malam-nisfu-syaaban/

25 July 2010

PENGURUSAN MASA

-Waktu belajar adalah tidak kurang daripada 4 jam termasuk waktu rehat. (8.00 pg-12.00 thari/8.30 pg-12.30 thari)

-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 20 jam seminggu untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.

-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 17 setengah jam seminggu untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Jika di dalam sesuatu kelas prasekolah (tadika) terdapat 5 orang murid atau lebih bukan beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

24 July 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Prasekolah Daerah Maran

TARIKH
23 Julai 2010 (Jumaat)


MASA:
8.00 am- 12.00 am


TEMPAT:
Tingkat 4, Bangunan Persekutuan Maran


TURUT HADIR
En Johari Bin Ismail (Penyelia Prasekolah Daerah)
En Hamid Bin Vyti (Pengerusi Prasekolah Daerah)
Semua Guru Prasekolah Daerah Maran.


AGENDA:
Membincangkan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah terkini berkaitan dengan
Permohonan dan Pemilihan Murid Prasekolah
Pengurusan Masa
Pakaian Seragam
Kewangan Prasekolah
Pembantu Pengurusan Murid
Guru
Majlis Permuafakatan Prasekolah
Alatan Permainan
Bahan Pembelajaran dan Pengurusan Ruang
Kurikulum




Taklimat daripada En Johari.


Guru Prasekolah Zon Jengka bersama En Johari.

Guru Prasekolah Zon Chenor

17 July 2010

Minda: Jejas Minat Membaca

SELAIN masalah disiplin murid yang membimbangkan pelbagai pihak, isu berkaitan pendidikan di negara kita adalah kaedah belajar yang bermatlamatkan pencapaian akademik untuk menjamin masa depan pelajar.Akhir-akhir ini ditekankan pula mengenai kokurikulum untuk mengalih arah murid supaya tidak mementingkan 100 peratus kepada pencapaian bidang akademik.
Apa pun, setiap pelajar sudah tentu mengejar pencapaian akademik kerana inilah yang bakal menentukan masa depan mereka selepas meninggalkan alam persekolahan. Sehubungan itu, ibu bapa akan melakukan apa saja untuk memastikan anak mereka berjaya dalam peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bagaimanapun, jarang kita dengar ibu bapa bertanya mengenai pencapaian anak mereka dalam bidang kokurikulum. Ini menunjukkan kefahaman mereka mengenai pentingnya kokurikulum masih rendah dan perlu diberi pendedahan lebih mendalam kepada mereka.
Cadangan memansuhkan UPSR dan PMR mendapat pelbagai reaksi sama ada yang terbabit secara langsung dengan akademik mahupun orang ramai terutama ibu bapa.
Ramai yang menyokong PMR dimansuhkan manakala UPSR dikekalkan untuk menilai sejauh mana keupayaan murid di sekolah rendah. Apa pun memang mustahil untuk mengizinkan murid yang belajar enam tahun dilepaskan ke sekolah menengah tanpa sebarang sijil peperiksaan yang berkaitan pencapaian akademik.
UPSR boleh dirombak dengan tidak memfokuskan 100 peratus kepada peperiksaan bertulis saja. Penilaian dalam bentuk lain boleh dilakukan termasuk markah kokurikulum, ujian lisan dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan keperluan semasa serta masa depan murid.
Bagaimanapun, peperiksaan bertulis UPSR mesti dikekalkan kerana jika ada buku yang dibaca dan dipelajari murid, bagaimana kita hendak mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman mereka berdasarkan apa yang dibaca dan dikaji jika tidak menerusi peperiksaan bertulis? Bagi PMR, ramai berpendapat perlu dimansuhkan dan diganti dengan kaedah lain. Kementerian Pelajaran sendiri bercadang memperkenalkan Sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (SBA) yang bukan hanya untuk PMR, tetapi juga UPSR.
Memansuhkan PMR bererti tiada lagi bentuk peperiksaan di peringkat tingkatan tiga seperti sekarang. Jika peperiksaan pentingnya terletak di peringkat SPM iaitu di tingkatan lima, ini bererti pelajar terpaksa mengumpul selonggok bahan yang dipelajari sejak tingkatan satu untuk mendepani peperiksaan di tingkatan lima.
Justeru, adalah dirasakan dengan apa kaedah sekalipun, penilaian di tingkatan tiga mesti dilaksanakan kerana setelah berada di tingkatan satu hingga tiga, tidak wajar pelajar ini tidak diuji dengan sebarang bentuk penilaian.
Ramai berpendapat sejak dulu lagi sistem pendidikan sekolah di negara kita lebih berorientasikan lulus peperiksaan. Pelajar disogokkan dengan sejumlah buku kemudian dinilai pemahaman mereka kemudian diberi pangkat dalam sijil selepas peperiksaan.
Longgokan buku dalam sesetengah mata pelajaran pula dikaitkan dengan kepentingan semangat membaca yang dikatakan sangat rendah bagi masyarakat di negara kita.
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di sekolah yang dilancarkan pada 1998 sudah cukup membuktikan betapa kita pentingkan pembacaan dalam kalangan pelajar. Antara lain objektif program ini ialah menggalakkan pelajar membaca dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan saja. Bagaimanapun, hasil tinjauan yang dibuat, ramai pelajar yang menjadikan teks wajib di sekolah sebagai bahan bacaan kemudian dimasukkan sebagai bacaan dalam program ini.
Minat membaca dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan. Kita bimbang jika UPSR dan PMR dimansuhkan akan terus menjejaskan minat membaca dalam kalangan pelajar. Di samping boleh menjejaskan minat membaca, pengusaha pusat tuisyen yang bergantung kepada dua peperiksaan itu terpaksa gulung tikar. Sekiranya diteruskan cadangan ini bermakna pusat tuisyen juga mestilah bersedia daripada sekarang untuk mencari rezeki lain. Bagaimanapun, kementerian mestilah melengkapkan pelbagai prasarana untuk memastikan cadangan ini dilaksanakan sebaik mungkin. Contohnya, untuk menjadikan kokurikulum sebagai satu kaedah untuk mengetahui pembabitan setiap murid, setiap sekolah mestilah mempunyai dewan untuk pelbagai jenis aktiviti sukan. Sekolah juga mestilah mempunyai padang sendiri untuk memastikan kebanyakan aktiviti sukan dapat dijalankan seperti bola sepak, bola jaring dan olah raga.
Di samping itu, setiap penilaian yang dilakukan di sekolah mestilah ada kaitan dengan pasaran kerja bagi setiap murid kelak. Tidak kira sama ada mereka bekerja dengan sektor awam, swasta dan bekerja sendiri, penilaian yang dilakukan mestilah memfokuskan kepentingan masa depan dengan tidak membelakangkan sahsiah murid.

11 July 2010

SMPK digodam??


Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) telah digodam dan banyak maklumat dikatakan telah lenyap. Besar kemungkinan sistem ini perlu diisi semula oleh cikgu-cikgu setelah ia disahkan selamat digunakan.


03 July 2010

Mari Bina Blog Prasekolah 2010

Tarikh : 28 April 2010
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan, SK Jengka 11
Tentatif Program:
Penerangan daripada Fasilitator, Pn Siti Nur Iman bt Manap
Bengkel bermula
Perasmian Penutupan
-Ucapan Pengerusi Zon Jengka, En Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail
-Ucapan Perasmi, Tn Hj Hamzah bin Mat Ali, Pengerusi Kelompok Jengka
Penyampaian sijil kepada setiap peserta oleh Perasmi
Jamuan
Bersurai










02 July 2010

Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah bagi sesi persekolahan 2011 dibuka mulai Julai dan Ogos 2010

PEMILIHAN YANG DILAKUKAN HENDAKLAH MEMATUHI GARIS PANDUAN YANG
TELAH DITETAPKAN seperti yang terkandung di dalam GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH dan borang permohonan yang telah diedarkan kepada semua sekolah.

Kriteria Pemilihan:

1. Warganegara Malaysia

2. Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun ke atas
pada hari pertama bulan Januari dalam tahun
persekolah semasa.

3. Keutamaan pemilihan berdasarkan kriteria berikut:

- Kanak-kanak yang mendaftar ke Tahun Satu
di sekolah tersebut.
- Merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah
garisan kemiskinan dari ranking pendapatan

perkapita keluarga rendah ke tinggi.
- Tanggungan ibubapa/penjaga.

(ramai anak yang masih belajar)
- Status ibubapa/penjaga

01 July 2010

KGS di SK Jengka 20


Tarikh: 01 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 am - 1.30 pm
Tempat : Prasekolah SK Jengka 20
Guru Prasekolah : Pn Marziana bt Ali

Aktiviti : Menghasilkan ABM 'Learning ABC'

Hadir : Wan Rahilah, Junaidah, Iswandy, Anissuzana, Zawahir, Ain Naziha, Aini Sariat, Fatizuraini
Tidak Hadir : Masni, Syamzari, Sayani (Urusan Peribadi)



Bersama Pn Marziana (Guru Prasekolah SKJ20)




Inilah dia kerjasama yang erat oleh guru-guru zon Jengka

Inilah sebahagian contoh dan hasilnya...

GURU PRA ZON JENGKA

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Followers