25 July 2010

PENGURUSAN MASA

-Waktu belajar adalah tidak kurang daripada 4 jam termasuk waktu rehat. (8.00 pg-12.00 thari/8.30 pg-12.30 thari)

-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 20 jam seminggu untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.

-Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari (termasuk waktu rehat) iaitu 17 setengah jam seminggu untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar.

-Jika di dalam sesuatu kelas prasekolah (tadika) terdapat 5 orang murid atau lebih bukan beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

0 comments:

Post a Comment

GURU PRA ZON JENGKA

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Followers